Alhamdulillah..syukur Ya Allah……
hurm.........
dalam sebok sebok kite nak siapkan esemen, tetibe terdengar pula cerita cerita yang kurang enAK didengar. bukan ape, bila ia melibatkan orang lain malaslah nak masuk campur sangat. tak minatlahh nak bz body bzbody ni..hehe…tapi bila aku diberitahu ttg hal tersebut, tetibe aku teringat kisah diri sendiri.
pengalaman merupakan guru yang terbaik. melalui pengalamanlah apa yang dipelajari akan menjadi lebih bermakna. lebih lebih lagi bila pengalaman tersebut dialami oleh diri kita sendiri..huhuhu
erm…ape yg aku nak focus ni sebenarnye …
tetibe hati jadi sayu…teringat pengalaman pahit yang pernah aku alami semasa menerajui sebuah organiasi kemasyarakatan 2 semester lepas. alhamdulillah, hikmahnya aku nampak skang ni. aku lebih matang menilai yang mana baik yang mana buruk…tapi, pengalaman aku dihentam oleh beberapa rakan yang hanya tahu menghukum tanpa usul periksa tu buat aku terasa sangat sedih tetapi Allah telah memberi aku kekuatan…tiada air mata yang menitis pd malam tersebut. semasa aku dihentam tu pun, aku hanya mendiamkan diri dan mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh mereka. ada benarnya tetapi lebih banyak yang tidak benar. namun aku hanya sabar dan sabar. aku bertindak tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan pada masa itu yang kurasakan agak tegang. kalimah minta maaf kulafazkan jua kerana ku rasa tidak perlu untuk aku bahaskan kebenaran dengan orang yang tidak tahu menilai erti persahabatan dan tidak tahu menghormati ketua yang telah mereka sendiri lantik dan persetujui. namun, apa yang aku kesalkan ialah mereka mereka itu menerima maafku dan berjanji bahawa ianya sampai disini sahaja tetapi semua itu dusta belaka. tindakan mereka menyindir aku di dalam kelas dan menulis status yang bukan – bukan di fesbuk buat aku berfikir. nampaknya Allah telah menunjukkan bahawa mereka mereka itu sebenarnya yang bermasalah. Aku redha. aku tahu Allah itu sentiasa bersama dengan orang yang benar dan aku fikir tidak perlu untuk bertikam lidah dengan mereka asalkan Allah tahu siapa yang benar siapa yang salah. biarkan ketika itu mereka fikir bahawa mereka lah yang benar betul dan benar benar belaka. malam tai mase aku nonton semanis kurma pun i got sumthing yg bole menenangkan jiwa...
hurm…..perkara tu berlaku 2 semester lepas dan hubungan aku bersama mereka mereka itu pun dah baik skang ni .tetapi, aku akui bahawa aku tidak akan sekali kali masuk campur urusan mereka dan aku tidak akan mengharapkan mereka membantu aku dalam segala tugasan tugasan aku. tapi kenapa aku tetibe teringat kisah ini?
baiklah, kini, mungkin sejarah akan berulang kepada org lain pula. namun begitu, aku tidak mengetahui kebenaran cerita tersebut. begitu juga mereka mereka. bayangkan, jika kita tidak tahu orang tu bersalah ke tak, wajar ke kita menghukum dan menghentam orang tersebut?? awak siapa nak beri hukuman kat orang lain? samalah macam ape yang terjadi kat aku dulu. perempuan perempuan…. tolonglah sedar. apa yang kamu kamu cuba pertahankan itu salah sama sekali. kamu menghentam seseorang tanpa usul periksa. kenapa kamu tidak belajar daripada kesilapan. kite ni hanya manusia biasa. walauupun dia terbukti bersalah, kamu tetap tiada hak untuk memijak mijak maruahnya. kamu tiada hak untuk menetapkan hukunman yang perlu diberikan kepadanya dan kamu tiada hak apa apa ke atas dirinya. tindakan kamu yang membuat status status menghentam orang tersebut hanya menunjukkan betapa kamu tidak matang sematang usia kamu dan saya langsung tidak hormati/ respek kamu kamu lagi. ingat, hidup ibarat roda. ada masa di atas dan ada masa di bawah. apabila kita diatas pandang;lah jua di bawah dan apabi;la kamu di bawah, jangan lupe Allah sentiasa bersama kamu,. usah rase gentar menghadapi manusia manusia sebegini jika kamu rasa kamu benar. yang penting inilah asam garam kehidupan yang perlu kamu tempuhi. ingat, pengalaman mematangkan diri jika kita menilai kembali pengalaman pengalaman tersebut.
p/s : perkongsian rasa satu jiwa satu hati yang rapuh.
InsyaALLAH tiada perasaan sedih menyelubungi diri.
keluarga banyak mendokong ape sahaja yg aku lakukan..n now..my luv too, hope so...my darl...my love...cewah..haha...=p
wallahualam.