Ya, lately ni banyak aku dengar cite cite pasal musibah atau ujian yang dihadapi oleh beberapa orang rakan kt sini.
- classmate aku xciden mase 1st raye..masuk gaung..adik beradik sume cedera2..but alhamdulillah, tiada kemalangan nyawa..tapi beraye kat hospitAL lahh kn...
- balik je hostel...dengar pulak ade junior yg xsiden mase nak balik raye.dalam a few days before raye lahh..katenye teruk gak sampai keretenye terbakar n meletop...
- then, dua tiga ari kt sini...ade lg junior yg xsiden moto plak dah...
- yg paling latest....junior jugak...kehilangan kedua orang tuanya akibat xsiden dalam perjalanan nak ke kebun..innalillah....al fatihah
daripada apa yang dialami oleh rakan2 kat atas tu...membuatkan aku berfikir yang kita sebenarnya memang kena sentiasa bersedia dalam apa jua situasi...
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
apa yang penting kita mesti yakin yang setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya..memanglah mungkin ade yg ckp kita xkena so kite sng cakap lahh...kn kn kn
kite kene ingat Allah menguji kita mengikut kemampuan...segala ujian dan musibah yang kita hadapi tak beerti Allah tak sayangkan kita dan menghendaki perkara yang buruk untuk manusia. semua yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya. hikmahnya tu yg kita kena cari. betol tak?
Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.
Kepada clasmate n junior junior aku yg baru ditimpa musibah...semoga kalian dapat bersabar dengan apa yang terjadi....
yang berlalu biarkan berlalu...
dekatkan diri dengan MAHA PENCIPTA
amalkan konsep REDHA....
berSABARlahh.....
= ingatan ni adalah utk diri saya juga yang hanya manusia biasa~!








No comments:
Post a Comment